Kelas Ganti Mahir Pertanian Pintar Minggu Ke-15 Sehingga Minggu Ke-17
12 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2025 (Rabu) telah diadakan kelas Ganti Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-15 sehingga Minggu ke-17. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Peserta menonton semula rakaman video di MTS bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 1:00 tengah hari.
Topik yang dikongsikan pada minggu ke-15 adalah Penyediaan Media Tanaman dan Pengenalan Alat pengukur. Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan dengan ciri-ciri media tanaman yang boleh digunakan. Selain itu juga, pada sesi kali ini, para peserta turut didedahkan dengan alat pengukur dimana, alat pengukur digunakan untuk mengukur kepekatan baja atau pH pada media tanaman.
Manakala, pada minggu ke-16, peserta didedahkan dengan pemasangan smart watering device.
Akhir sekali, pada minggu ke-17, para peserta telah didedahkan dengan topik pengurusan tanaman, semaian benih. Untuk topik pada minggu ini, para peserta diajar bagaimana cara untuk menyemai benih fetigasi dan cara untuk memindahkan anak semaian ke polibeg. Selain itu, para peserta turut diajar cara untuk melakukan penyelenggaraan semaian di peringkat vegetatif.
Diharap ilmu baru yang dikongsikan sepanjang kelas bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh peserta dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: